HELLO 2023. FROM ME TO ME.
Er... this is awkward...
Hmm.. Hai dearself.. long time no see..(?)
Hahaha
Eeee awkward nyaaaa setelah bertahun-tahun meninggalkan dunia blogging ni.. akhirnya pada tanggal 11hb Jun 2023 pada jam 4:42 petang, Aku akhirnya menulis merapu meraban di blog usang ni..
Sahaja aku nak update tentang diri aku yang aku fikir agak ketinggalan sebab last time aku tengok posting aku, aku masih struggle di UiTM dan masih khayal dalam dunia cinta manusia. HAHAHA. Astaga.. kebanyakkan posting pasal cintan cintun pulak tu. Macam topik tu topik paling penting dalam hidup pada ketika itu. Nasib baikla aku sempat draft kan semula posting2 memalukan tu. Allahurabbi
HAHAHAHA
Sempat la juga aku baca dan delete unecessary posting dah. Yang berlalu biarkan ia tenggelam di dasar paling dalam. Tapi ada satu benda je masih kekal sehingga ke hari ini dan in sha Allah hingga akhir hayatku. Aaamiinn.. Suamiku yang tercinta. Heee <3
Alhamdulillah aku dalam penghujung 20's, masih lagi struggle dengan hidup, masih lagi orang yang sama tapi mungkin dah cool down sikit..
Kalau dulu sejenis kelam kabut, gopoh, sensitif, kuat touching. Tapi sekarang dah kurang sikit dan tenang sikit. Cuma agak sedikit cepat blow out. Tapi pelan-pelan aku cuba sabar.
Nak dijadikan tajuk besar post ni adalah aku nak update tentang life je. Bosan tak? Eh peduli la. Aku agak aku sorang je yang bukak blog dan baca dan syok sendiri. Hihi. Kalau ada la orang yang sudi baca, terima kasih sebab follow life aku yang tak seberapa menarik ni.
Okayla jum start
Alhamdulillah tarikh 22.05.2022 merupakan tarikh di mana aku dan suami disatukan menjadi pasangan hidup yang sah dan In sha Allah bersama hingga ke akhir nyawa. Dah masuk setahun jadi isteri kepada suami aku. Aku dan Suami hidup dalam keadaan yang humble. Masih struggle tapi alhamdulillah ku syukuri setiap liku kehidupanku bersama dia. Semoga Allah permudahkan setiap perjalanan kami dan rezeki kami.
Tarikh harini pulak 11.06.2023 genap aku tengah sarat mengandung usia kandungan 8 bulan. Tengah menghitung hari je untuk anak dalam kandungan ni dapat aku peluk cium. Nervous sangat. Tak percaya yang aku ni akan jadi figura seorang Ibu. Tak pernah terpikir angan-angan aku jadi kenyataan. Syukur sangat ya Allah. Kelakar pun ada juga. Aku nak jadi MAK??? HAHAHA. Moga-moga aku jadi mak yang penyayang dan penyabar. Memandangkan aku agak menjadi seorang ibu untuk zaman sekarang ni agak mencabar(?) Harapnya Allah permudahkan urusan aku dan suami dalam menjaga dan mendidik anak ini menjadi anak yang berguna.
Aamiin..
Aku juga merupakan seorang Mommy kepada 2 ekor anak bulus. Sora dan Kuma yang aku sayang sangat.. Tapi.. apakan daya, suami tak benarkan aku jaga diorang lepas baby ni lahir. Katanya dia sayang anak lagi dari kucing, sebab nya dua beradik ni baka BSH, sejenis bulu kerap gugur yang amat teruk. Setiap kali bincang pasal ni mesti aku menangis. Aku sayang sangat dua ekor ni.. dah memang macam anak sendiri.. Aku jaga dari kecik, masa diorang sakit.. haih.. sabar jela..
Nevertheles, aku berdoa sangat yang aku ni dipermudahkan masa proses bersalin nanti. Tu yang paling penting. Lepas bersalin, bermula lah satu fasa yang baharu. Fasa di mana aku anxious juga nak tahu macam mana aku akan hadap benda ni..
Moga-moga semuanya berjalan lancar..




Comments