Dissociative identity disorder


Mengapa tajuk demikian? Aku suka benda2 disorder ini. Aku suka setadi penyakit pelik2. Hahahahahha.



DID

DID sebagai singkatan adalah sejenis penyakit kecelaruan personaliti yang merupakan mental disorder yang extremely rare di mana seseorang itu mempunyai dua atau lebih personaliti/jasad dalam satu badan. Ianya terjadi kesan daripada traumatized yang teruk semasa kanak-kanak, biasanya penderaan yang melampau, penderaan fizikal berulang, seksual, atau emosi.

Walau bagaimanapun, gangguan identiti adalah satu proses mental yang menghasilkan multiple identiti yang berkait dalam fikiran seseorang, kenangan, perasaan, tindakan, atau sifat. Gangguan identiti dipercayai berpunca daripada trauma yang dialami oleh sseorang. Aspek yg memisahkan jasad atau identiti sebenar seseorang adalah dianggap sebagai satu mekanisme. Orang yang betul-betul berpisah dari dirinya akibat dari situasi atau pengalaman yang terlalu ganas, trauma, atau sakit dengan mengasimilasikan diri sendiri secara tiba2 atau tidak tentu.

Disorder ni dianggap sbgai ssuatu yang sangat pelik sebab ia seperti menyalahi hukum alam. Disorder ni jugak seakan seperti suatu possession. Aku ada tengok video kat youtube pasal orang2 yang derita akibat penyakit disorder ni. Seram dan sangat bizarre. Selalunya punca utama jadi cenggitu sebab masa awal zaman kanak2 diorang sering diabuse dgn teruk sekali sampai ia tinggalkn kesan mndalam dan menganggu mental mereka. Diorang jadi trauma dan terbawak2 perasaan takut tu sehinggalah terwujudlah satu atau beberapa karekter baharu dalam diri.

Salah seorang penghidap DID ini ialah Truddi Chase yang telah mmbuka mata msyrkt Amerika tentang disorder ini apabila dia muncul dalam sbuah program bual bicara feveret aku The Oprah Winfrey Show. Truddi Chase, wanita yg hidup mmpunyai 92 personaliti (hell no!) yang berbeza dalam satu badan yg sama. Benda ni terjadi dekat dia disebabkan kesan daripada brutally sexual abuse yg dia alami oleh bapak tiri dia sendiri sejak berumur 2 tahun lagi. Dia sudah arwah dah pun. Dia meninggal pada March 2010 ketika berumur 75 tahun.




Memang terkesan sungguh dengan cara hidup dia. Sadis. Aku taktahulah kalau ada kes cenggini berlaku dekat Melesia. Selalunya yang penyakit pelik2 ni Mat Saleh je selalu kena. hahaha. Mintak jauhlah dari benda2 ni semua. Parah anak2... parah.



Pesal entry kali ni macam karangan 150 patah perkataan haa?? HAHAHA




Comments

Popular Posts