3 Days of Torture


Assalamualaikum~

Tittle nak gempak je. Tapi serius. Sepanjang tiga hari dari hari selasa hingga khamis minggu ni, memang penuh penyiksaan gara2 membuku di saat akhir untuk exam semester 2 STPM.  T.T

Memang parah la woii. Tak tidur sampai pukul 5.30 pagi. Macam2 dugaan sebelum and semasa exam. Boleh pulak la bile musim exam, badan ni buat hal. nak demam la, pening la. mcm2. Pastu rumah dah la tengah renovate. Lagi la. Nak study pun susah. Dengan pak pembuat rumah ni memekak sane sini. Nak gi toilet pun susah. Nak kena pakai tudung bila nak keluar dari bilik. Haihhh. Macam-macam.

Time nak membuku tu, mula la hingus nak meleleh bagai. Selsema teruk. tsk tsk tsk. Habis tisu sekotak aku rembat sorang2.








haaaa ni dia....Hasil seni hingus aku. HAHA






Pastu tiap2 malam perut lapar. Aku yang tengah lapar xtahu nak makan apa. Sanggup telan nasi lemak pagi tadi yang tersimpan dalam peti ais. Aku tanya mama aku, nasi lemak ni elok lagi tak. Dia kata elok, so aku bedal je la. Peduli apa aku, perut da lapar sangat kan. Hahaha.


Dalam kesemua paper yang aku jawab that is pengajian am, ekonomi, bahasa meleisia dan sejarah. Aku rasa paper Sejarah la yang paling aku buat dengan hati yang terlampau bahagia. Mana tak nya, aku baca bagai nak rak walaupun last minit tidur lewat ape semua tu, nasib baik apa yang aku baca, keluar dalam exam. Huhhhh~~ Bahasa Meleisia memang boleh tahan la. Ekonomi cam gampang. Pengajian am boleh la.
Overall exam Stpm sem 2 ni okay okay laaa~~~~ OKOKOKOK.

Harap2 result untuk semester dua ni lebih baik dari yang semester satu.

 In sya Allah~ Hee






Comments

Popular Posts