OH OCD !
Ya.
Apa benda OCD ni?
OCD atau Obsessive-compulsive disorder adalah sejenis penyakit
gangguan kebimbangan di mana berlaku disebabkan oleh gangguan pemikiran yang menyebabkan keresahan, gundah-gelana, kebimbangan, ketakutan, serta lebih parah lagi apabila tingkah laku tersebut dilakukan berulang-ulang kali yang bertujuan untuk mengurangkan kebimbangan tersebut.
OCD ni perasaan tak tenang yang berlaku ke atas individu. Maka, mereka mengambil inisiatif (puihh) untuk mengulangi perbuatan yang mereka lakukan tersebut in order to make their anxiety go away.
Sekiranya anda mengalami pengalaman seperti :
1) Dah basuh tangan guna sabun, tetiba hati jadi resah. Hati mula mengatakan bahawa tangan tersebut masih penuh dengan bakteria dan kotor. Jadi, kau pun akan berterusan membasuh tangan kau macam sakai sehingga kau rasa tangan kau sudah cukup bersih sebersihnya yang amat serta bebas dari anasir kekotoran. Kemudian baru kau blah.
2) Sedang mengambil air wudhuk. Tetiba datang satu bisikan shaitonirrojim mengatakan bahawa air wuduk yang kau amik tu tak sampai, kau terkentut, air wudhuk kau tak sah, niat kau salah, cara amik wudhuk kau salah sekian sekian. Maka, kau mula akan mengulangi perbuatan megambil air wudhuk tersebut sehinggalah kau berpuas hati dan kau akan dapat lihat yang kau seperti sudah mandi. Basah kuyup baju.
3) Lantai kotor. Kau dah mop. Dah rilek2. Bila nak jalan atas lantai yang kau dah mop tadi tu, tetiba kau rasa tak sedap hati. Firasat kau masih mengatakan bahawa lantai yang kau mop itu still tidak bersih. Kau pun lurus bendul pi basuh lagi dan lagi, ulang dan ulang sampai kau yakin bahawasanya lantai itu sudah suci.
Jadi, sekiranya anda mengalami pengalaman seperti yang di atas,
maka sah lah bahawa anda salah seorang daripada grup OCD.
Yeayyyyyy!!! lol
Obsessive/ Obsesi adalah pemikiran seolah-olah tidak terkawal, imej, atau impuls yang berlaku berulang2 kali dalam fikiran. Kau taknak fikir pun pasal benda tu tetapi malangnya kau sukar atau tidak boleh menghalang pemikiran tersebut dari datang menganggu kau.
OCD ni boleh jadi sangat kritikal sekiranya kau terus menerus melayan perasaan resah gelisah kau itu.
Serius aku cakap seksa orang yang ada penyakit ni.... kesian.
Antara contoh tanda-tanda dan gejala OCD: Pemikiran Keterlaluan :
1-Takut ada kuman atau kotoran atau mencemarkan orang lain.
2-Takut menyebabkan kemudaratan kepada diri sendiri atau orang lain.
3-Pemikiran dan imej seksual yang eksplisit dan ganas mengganggu.
4-Tumpuan yang berlebihan pada idea-idea agama atau moral.
5- Perasaan takut kepada agama yang berlebihan.
6-Mengira, menoreh, mengulangi kata-kata tertentu, atau melakukan perkara yang tidak masuk akal
untuk mengurangkan keresahan.
( sumber daripada http://www.helpguide.org/mental/obsessive_compulsive_disorder_ocd.htm )
Oleh yang demikian, OCD ni dapat dibendung sebenarnya. Bergantung kepada tahap keyakinan diri kau.
Tu sebab self confident itu penting. Kalau tak, takde nye kau akan jadi macam gini.
Senang cerita pergi jumpa therapist atau pergi dekatkan diri dengan Allah. Baca or dengar bacaan
Al-Quran. In sya Allah dengan izin Dia penyakit kau akan beransur pulih.
Yang penting, sabar. Cuba abaikan perasaan tahi itu.
Sekian perkongsian ilmu yang tak berapa nak ilmu.
Tehee
.jpg)



Comments