Asal Usul Solat Fardhu



Assalamualaikum.. hari ni nak ajet-ajet Ustajah sekejap. Teheee. Moh nak cerita sikit tentang salasilah solat fardhu yang kita tiap2 hari kerjakan sebanyak 5 waktu sehari semalam. Kita pun baru dapat info dan ingin mengeshare la kan kepada kome2 yang tidak mengetahuinya lagi pun. Orait, here we go!




SUBUH :

Individu pertama yang kerjakan solat fardhu subuh ni ialah Nabi Adam a.s di mana baginda telah dihalau keluar dari syurga dan dihantar ke bumi ni. First thing yang baginda nampak dan takut yang amat sangat adalah darkness. Bila munculnya fajar Subuh, baginda pun terus solat 2 rakaat.
Rakaat pertama : Bersyukur sebab baginda terlepas daripada kegelapan malam.
Rakaat kedua : Bersyukur kerana siang telah menjelma.

ZOHOR :

Orang yg pertama yang mengerjakan solat Zohor pulak ialah Nabi Ibrahim a.s iaitu tatkala Allah menurunkan perintah kepada baginda agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Seruan tu datang jugak masa waktu matahari tergelincir. Lalu bersujudlah baginda solat 4 rakaat.
Rakaat pertama : Bersyukur atas penebusan
Rakaat kedua : Bersyukur dibukakan dukacita baginda dan anaknya.
Rakaat ketiga : Bersyukur dan memohon redha Allah
Rakaat keempat : Bersyukur kerana korbannya digantikan dengan kibas.

ASAR :

Nabi Yunus a.s orang pertama yang kerjakan solat Asar dimana ketika baginda dikeluarkan daripada perut ikan nun dengan izin Allah. Ikan nun telah memuntahkan baginda tatkala masuknya waktu Asar.
Rakaat pertama : Kelam dengan kesalahan.
Rakaat kedua : Kelam dengan air laut.
Rakaat ketiga : Kelam dengan malam.
Rakaat keempat : kelam dengan perut ikan nun

MAGHRIB :

Nabi Isa a.s individu pertama yang melakukan solat Maghrib ketika Allah keluarkan baginda daripada kejahilan dan kebodohan kaumnya, dan masa itu juga telah terbenamnya matahari. Maka, bersujudlah baginda sebanyak 3 rakaat tanda kesyukuran.
Rakaat pertama : Untuk nafikan ketuhanan selain Allah S.W.T.
Rakaat kedua : Untuk nafikan tuduhan dan tohmahan terhadap ibunya Siti Mariam.
Rakaat ketiga : Untuk yakinkan kaumnya Tuhan itu hanya satu iaitu Allah S.W.T

ISYAK :

The first person to perform this salah is Prophet Musa a.s. Pada ketika itu *tetiba bahasa melayu* baginda sesat cari jalan keluar dari negeri Madyan. Sedang dada baginda penuh dengan rasa dukacita, Allah telah hilangkan semua perasaan dukacita itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu solatlah baginda sebanyak 4 rakaat.
Rakaat pertama : Dukacita terhadap isterinya
Rakaat kedua : Dukacita terhadap Nabi Harun a.s saudaranya.
Rakaat ketiga : Dukacita terhadap Firaun
Rakaat keempat : Dukacita terhadap anak Firaun


Sekian sahaja info yang tak seberapa ni. Hahahahaha.


Comments

Popular Posts