Throughout Bizarre year 2013.
Kalau nak ditelusuri satu persatu tiap2 bibit2 momen sepanjang tahun 2013 ni, mau tak jenuh. Hahaha.
Memang tak berenti senyum lah kalau dok terkenang semula segala kejadian. Tak kira lah benda baik ke buruk. Tapi yang aku tahu, tahun 2013 memang tersangat sangat mengajar aku banyak gila benda. Serius. Aku rasa tahun 2013 ni tahun yang paling bizarre dalam hidup aku.
1. Start dengan mulanya semester 2 STPM, memang neraka.. belajar pun malas2, main2 banyak... mesej dengan orang itu, mesej dengan orang ini. Lelaki mana2 tah aku mesej. Bongok betul. Hahaha. Memang tahun 2013 pelik ahhhh. Eeee aku tension betullaaa. Hahahahahahaha. Kat sekolah ada ups and down, sayang gila kut kat membe2 and cikgu2 form 6 walaupun kenal diorang kejap je. Pastu ada sebahagian kawan2 form6 yang blah...berenti.. sedih jee.. lagi2 Zulqarnainul Hakim... haha.. taksempat aku nak cakap kat kau yang aku suka kau masa tu. Dah terlambat...... nama kau sedap kot. HAHAHA. Tapi takpe lah. Lupakan. Pupus sudah perasaan ini.
2. Aku ada kenal sorg mamat nama Amir.... nak cite balik ni yg malas ni. Haha... Tapi dapat kenal dengan Amir ni mengajar aku satu benda yang sangat valuable, iaitu . . . Jangan terlalu bagi harapan. Tak suka terus tolak, takperlu nak jaga perasaan orang lain sangat. Sape yang nak jaga perasaan hati kau sendiri pulak? Stop menipu perasaan sendiri. Haa lebih kurang cmtu. Serius .... hidup aku serabut dok pikiaq masa itu. Tapi pendekkan cerita, Amir ni baik sangat orangnya, dan dia selayaknya dapat gadis yang lebih baik juga. Aku penat la nak patah2 kan hati manusia lagi dah. Takperlu nak ikutkan sangat perasaan tu. Mindset kau je tu. Lupakan segala perasaan tu Amir. Sudahlah. It's time to move on lahh. Masing2 teruskan hidup memasing. 19/4/2013. Takkan aku lupa. So thanks banyak2 Amir, Epul and kawan2.
3. Abang Akmal. Anak kesayangan mama. Hahahaha. Abg Akmal dia susah nak tunjukkan affection dia kat adik2 especially kat aku. Kami tak rapat, nak berborak berdua langsung jarang dan payah benor. Tapi aku tahu dia sayang adik dia ni. Haha. Pernah sekali dia menangis gila2 bila dia ingat aku hilang. Bila aku balik rumah je, terus dia maki2 aku sambil nangis2. Aku terkejut terpaku ternganga. Hahahaha. Pastu sepupu aku menyampuk dia cakap kat aku, " Amal sayang kau tu yan." Yeee.. mintak maaf sebab bagi risau. Takbuat lagi. hihi. Rasanya dah 2 kali dia balik Melesia tahun ni. Dan 2 kali balik tu jugak, dia kasi hadiah. Wehehehe. Belajar sungguh2 abang Amal. Gambatte ne!! Hahahaha.
4. Election 2013. Perghhh kecoh sungguh. Segala penipuan lah. Blackout lahh. Gadoh bagai. Demokrasi is dead. Memang tragis sungguh. Sistem berdasarkan kepentingan atasan, orang2 besar. Rakyat ditindas. Aku nampak anak muda sekarang sedar mana yang benar dan mana yang tahi. Takpe2 kita tunggu lima tahun akan datang lagi. Lawan tetap lawan !! Tahun depan will be hell. Kesian golongan marhaen kat melesia. Bongkak banyak ini Umno Bn. Cakap pakai lutut. Tulah, sape soh pangkah kaler biru time tuhh. Heh!
5. Kawan baik sekalipun, kalau tak begaduh tak jadi jugak kan. Macam2. Sikit2 terasa hati, sikit2 merajuk, ada je yang tak puas hati. Nak bagi jeles sana sini. Elok2 kawan, sekarang.. hampeh. Langsung tak bertegur dah. Kau unfollow aku, kau unfriend aku kat fesbuk. Kau ingat aku taktahu??? Kau pikir aku apa. Aku nangis bagai dok ingat kau macam tahi. Sekarang aku malas nak pedulik. Asyik aku je yg kene rendahkan ego pun tak boleh jugak. T.T nampak macam aku je yg jahat. Semua aku. ARGHHH TENSION !! Mentang2 la aku ni nampak kasar.... Aku pun ada perasaan kot. Janganla senang2 nak pijak. Aku bebudak. Cepat terasa hati. Cepat nangis. Jangan la dera aku mcm gini. Aku tunggu masa je nak pergi dekat kau mintak maaf bagai.. tapi tak terbuat lagi sampai sekarang. T.T haaa takberanii... Tulung....
6. Ni sorang lagi mamat yang buatkan tahun 2013 ni sangat pelik dan bermakna. Hahaha. Ustad... Dapat kenal awk kira beruntung tahu tak. Kita tahu awak bukan ustad yang bertauliah lagi.. hahahaha... tapi.. niat awak baik. Ustad banyak tolong kita, nasihat kita. Ustad jugak penggerak kepada segala niat baik saya. *werkkkkkkk* Ustad encourage saya untuk jadi seorang yang lebih baik. Kalau kita tak kenal ustad, konfem kita masih lagi kat dunia kegelapan kita.*tak semestinya* So, terima kasih bebanyak. Masa memula awak nak brekup tu.. kita cam takboleh terima je... taknak terima.. tapi bila dipikirkan balik dan bak kata kawan orang jugak, Allah taknak kita lagho dengan perasaan ni, hanyut sebab perasaan dan hubungan yang tak halal ni lagi. Sebab itu Allah jauhkan kita, dengan semua gaduh2 tu. Orang tahu, orang sepatutnya kejar awak balik masa awak menjauhkan diri tu. Tapi kita keras kepala dan fikir kita punya perasaan sorang je. Jadi maaf. Dan bagus sangatlah awak buat keputusan brekup dengan kita. Terima kasih sebab bebaskan diri awk dan diri saya dari semua kekalutan ni. Orang sedar yang Allah bukan senang2 je nak kenalkan kita dengan sesiapa melainkan nak bagi kita pengajaran. Ada udang disebalik batu setiap perkenalan dan perpisahan itu. Oleh itu, ayat aku sangatlah takboleh blahh. Dah macam apa tah. Ok. Nyampah dan sangat skema tahap dewa. NEXT!
7. Graduasi form 6. Sebetulnya aku takboleh pegi sebab rekod kedatangan dan kelewatan aku kat sekolah. Aku teruk, pemalas, suka buat hal kat sekolah. Sebab itu takboleh pergi. Memula memang niat taknak pegi, dan2 pulak kawan excited nak pergi sampai kita sekali terpengaruh. Tu yang pergi buat surat rayuan dua kali. Memanglah malu, sebab orang tak jemput kita, tapi kita paksa2 pulak kan. Huhuu. At last dapat jugak. Seronoklah. Boleh tahanlaaa sebab dapat gather semua klas sekali, dapat take photo dengan membe2, usya junior hensem2, Hahahahahaha. Teringat pulak time cabutan bertuah, aku dah frust gila bila nombor aku tak kena2. Aku sakai, masa cikgu tengah sebut nombor berapa tah, tapi tu bukan no aku la, aku saje nak buat gimik, aku pergi bangun lepas cikgu sebut nombor tu. Pastu membe2 laki pompuan sume tanya2, " wehh kau ke yan ???? " Aku dengan selamber cakap, " ehh ehh bukan! Aku nak amik makanan." Saje buat gempak. Dan2 pulak tengah syok2 amik makanan, dah lah jauhhhh, tetiba cikgu sebut nombor 361. Aku tengah khusyuk tengok2 makanan ni, taksedar cikgu tengah sebut2 nombor tu banyak kali. Skali lagi cikgu sebut nombor 361. Baru tersedar, tengok kertas kat tangan, 361. HAHAHA. Terus aku kelam kabut lari2 pergi kat depan. Adehhh. Malu siot. Sampai je kat meja, Naim kata,
"Yan, sep sket~!" hahaha.
Dan selebihnya biarlah dikenang sengsorang. Huhu. 2013 mengajar aku something yang sangat valuable. Bukan something, everything dah. Most important is, never stop improving urself to become a better person.
I'm still in progressing, learning, searching, and forgiving. Hopefully, 2014 menjadi tahun yang lebih baik dari tahun sebelum ini, tahun yang penuh keberkatan, kegembiraan, kejayaan semualah yang positif2. Insya Allah. Hehehe. ><
.jpg)


Comments